“Meluat.. Hati bukan bahan lawak” ~ Call Ex Girlfriend, Sufian Suhaimi Dikecam Permainkan Hati Perempuan

Kalau kalian dengar radio Era FM, Sufian Suhaimi telah dijemput sempena pencalonannya dalam Augerah MeleTop Era (AME).

Di konti Era FM yang diterajui oleh Johan, Ray dan Hanif, Sufian Suhaimi telah main permainan seperti dare challenge. Memang tak disangka Sufian Suhaimi sahut cabaran berkenaan.

Siapa sangka penyanyi Sufian Suhaimi sanggup menyahut cabaran diberikan oleh stesen radio Era FM dimana beliau perlu menghubungi bekas kekasihnya hanya untuk mengucapkan perkataan ‘sorry’.

Satu video menunjukkan aksi berkenaan telah dirakam di konto radio Era FM dan dimuatnaik di laman Youtube. Dapat dilihat, agak menggelabah pada mulanya, Sufian akhirnya berjaya juga melaksanakan cabaran itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat cabaran itu tidak sopan kerana kata-kata maaf yang diucapkan sememangnya tidak ikhlas dan dijadikan bahan lawak pula. Mereka menganggap Sufian ibarat mempermainkan hati wanita.

Ini antara komen netizen yang tak suka:

“Ade setengah org dh putus masih lgi kwn ngn ex.. ade jgk org yg putus terus xlayan ex dh.. tp pendapat saya laa ye.. sorry to say xpatut buat cabaran mcm ni.. msti org lain fikir pian ni playboy laa ape laa atau bg harapan kt org laa.. mcm bg peluang kt haters utk kecam. haa tu yg xbagus .. dh move on kn past is past laa.. byk lgi cabaran yg lain yg xmelibat soal hati yg dh robek lunyai

“Menyetan sungguh cabaran diaaa.. hahaha. tak bahek tau korang,bg harapan palsu kat org”

“Macam tak perlu kot buat benda macam ni.. ko hepi hati tuan punya badan..barai

“Bangang tol benda ni nk buat cabaran… buatlah jenis cabaran laen.. hormat orang

Namun, masih ada juga yang terhibur dengan gelagat penyanyi itu yang dikatakan agak sempoi. Apa pula pendapat anda tentang cabaran seperti ini? Betul ke tidak menjaga sensitiviti orang lain?

Apapun korang tengok lah video ni sendiri.

Ini videonya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here