Butang baju raya Thanos Infinity Stone jadi viral… Silap petik jari hilang duit raya

Ketika ini, demam filem paling padu iaitu ‘Avengers Endgame’ masih belum reda. Kalau yang dah tengok, mesti korang akan ingat kehadiran watak antagonis filem ini iaitu Thanos.

Thanos telah berjuang untuk mengumpulkan kesemua ‘infinity stones’ dalam kedua-dua siri Avengers Infinity War dan juga Endgame dan ianya masih lagi terbawa-bawa sehingga hari ini.

Dek kerana masih lagi demam filem ini, yang terbaru kehadiran ‘infinity stones’ telah dijelmakan dalam bentuk butang baju Melayu.

Buat jejaka yang mahukan gaya ala Thanos, maka bolehlah cuba menggayakan butang baju Melayu yang terdiri daripada beberapa warna seperti mana kita lihat pada sarung tangan ‘infinity gauntlet’.

Butang baju Melayu ini mula tular di media sosial sejak Isnin lalu dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ini perkongsian dari lelaki ini:

“Butang baju melayu Thanos Infinity Stones. Silap petik jari, hilang duit raya.”

Tidak kurang juga yang berjenaka supaya dapatkan segera butang baju melayu ini sebelum Thanos mencarinya.

Anda boleh lihat banyak lagi sampel butang baju Melayu infinity stones di bawah.

Ini antara respon netizen yang memebri pelbagai reaksi setelah melihat gambar butang ini:

@adaa_fateh
Kalau pakai dengan baju melayu hitam lawa kot. Kottttttt

@nramnraz
I know it looks cool but no mom would allow such monstrosity of having multi coloured buttons.

@MusingsOfShai
Petik tu khusus utk tetamu yang tuan rumah tak berkenan, petik siap2 sebelum datang

@Mr_Somebuddy
Hahahaha punyalah nk dijadikan fashion raya.

@reez_khai
tak cukup lagi 1 batu. jadi takde effect kalau petik jari.
tapi petik ke tak petik jari, tetap hilang jugak duit raya drpd poket sendiri…berpindah ke poket budak yg dtg beraya.

Sumber: Twitter FLjasmy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here