“Bunuh insan yang berkhidmat, tanpa alasan melainkan jahat” Mufti Perlis Komen Tentang Pemergian Adib

Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) hari ini menulis satu puisi ekoran pemergian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim semalam.

Dr MAZA menulis sebuah puisi berjudul ‘Hari ini bumiku menangis’ yang di dedikasikannya buat perjuangan Muhammad Adib yang tegar memberi khidmat bakti buat anak bangsa meskipun pengorbanannya akhirnya meragut nyawanya sendiri.

Tulis Dr MAZA, arwah Muhammad Adib pergi adalah kerana golongan yang tidak tahu bersyukur, serta menghasut ke arah kerosakan.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.

Jom baca puisi dari Dr MAZA tentang pemergian Muhammad Adib:

‘Hari ini bumiku menangis’

Hari ini airmataku menitis,

Bumiku juga turut menangis,

Pada peristiwa yang trajis,

Pada darah dia yang merenjis.

Orang-orang yang bangsat,

yang tidak tahu hormat,

membunuh insan yang berkhidmat,

tanpa alasan melainkan jahat.

Sebalik mereka ada lidah penghasut,

api permusuhan disembur disebut,

segala pembohongan diangkut disangkut,

kononnya di sini mereka hidup, merempat melukut.

Setelah ditabur baik budi,

diberi ruang berkongsi bumi,

tidaklah pula tahu hargai,

apakah itu jasa dan bakti.

Kita ingin hidup damai dan aman,

sama berkongsi pemberian Tuhan,

tapi, mesti ada adab ada sempadan,

itulah kehidupan seorang insan.

Namun..

jika cacing naik ke mata,

yang dicari hanya sengketa,

maka kasarlah yang diminta,

bangkit amarah bangkit segala.

Tiada penawar bagi pengkhianat,

bawalah mereka khalayak rakyat,

hukum dan undang mesti diangkat,

jika pertiwi mahu harmoni selamat,

perosak kedamaian mesti ditamat.

Itulah puisi dari Dr MAZA. Sama-sama kita doakan buat arwah Adib. Al Fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here