Bagi pencinta kucing khususnya sudah pasti amat menyayangi haiwan berbulu comel ini dengan penuh rasa sayang malah ada yang mengangap seperti anak kandung mereka.
Kucing adalah merupakan haiwan kesayangan Rasulullah dan sesiapa saja malah dalam segenap lapisan umur amat menyukai haiwan comel ini.
Tapi lain pula bagi pasangan kekasih ini. Dilaporkan bahawa seorang wanita yang bernama Anastasia Kh yang berusia 41 tahun dikatakan telah membunuh teman lelakinya sendiri disebabkan kucing.
Mayat mangsa lelaki itu dikatakan telah ditemui dalam keadaan yang ngeri dikatakan telah dibunuh oleh teman wanitanya sendiri kerana lelaki tersebut telah membunuh kucing kesayanganya.
Mangsa dikatakan telah bertindak membunuh kucing kesayangan kekasihnya itu dengan menggunakan tukul sehingga mati.
Akibat bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh mangsa terhadap haiwan peliharaanya itu, suspek telah bertindak membunuh serta mengerat tubuh badan mangsa.
Wanita itu dikatakan menggunakan gergaji rantai dan telah memasukan bahagian anggota badan milik mangsa ke dalam lima beg plastik berasingan.
Wanita tersebut kemudian membuang bagi melupuskan mayat mangsa serta bertindak membakar anggota badan itu di daerah Kirov, St Petersburg, Rusia.
Namun, kejadian tersebut telah disedari oleh seorang lelaki yang secara kebetulan berjalan di kawasan tersebut dengan anjingnya dan bertindak melaporkan insiden itu kepada pihak polis.
Hasil tinjauan daripada pihak polis ditempat kejadian, mereka telah menemui tulang kaki, bahu dan bahagian pelvis serta kulit mangsa yang telah dikerat-kerat.
Jelas pihak polis lagi, punca wanita tersebut nekad membunuh teman lelakinya kerana mereka berdua selalu bergadung dan suspek bengang dengan tindakan mangsa yang membunuh kucingnya.
Pihak polis kerumah suspek dan menemui kesan darah didalam rumah pasangan tersebut.