Bukan seorang, ramai yang nak jadi isteri ketiga Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim merupakan pelakon yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang isteri. Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri pertama, seorang doktor perubatan bernama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011.

Dua tahun kemudian, Ashraf Muslim mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan Wan Sakinah Wan Saburi di negara jiran.

Akan tetapi setelah kembali popular menerusi beberapa buah drama, Ashraf Muslim mula jadi tumpuan semula.

Dalam pada itu rupa-rupanya memang ada yang mahu untuk berkahwin dengan pelakon ini. Malah melalui satu temubual dengan portal MHETV, dikatakan bukan seorang dua wanita yang mengharapkan cinta lelaki ini tetapi ramai yang tawarkan diri untuk jadi isteri ketiganya.

Namun begitu, pelakon utama drama Dia Menantu Rahsia ini,akui kehidupan sebagai suami kepada dua isteri memang banyak tanggungjawab dan itu merupakan fokus utamanya ketika ini.

Ini antara komen Ashraf Muslim:

“Ini semua jodoh, untuk cakap pasal kahwin sebenarnya tak pernah plan. Untuk kali ketiga memang tak pernah fikir. Sekarang banyak tanggungjawab yang perlu saya lakukan”

“Bukan sorang je, memang ramai sebenarnya yang offer kan diri kan, memang ada. Mungkin dia suka cara saya jaga keluarga dan isteri”

“Ingat nombor tiga senang, cukuplah”

Mari tonton video tentang pendedahan eksklusif Ashraf Muslim tentang wanita yang cuba menagih cintanya dan inginkan pelakon berkenaan menerima mereka sebagai isteri ketiganya.

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here