Bukan salahkan kawan, atau orang yang rakam, tapi salahkan diri sendiri – komen padu King Coco

Ada kisah yang sedang viral apabila peserta pertandingan yang kantoi berhibur tak ingat, sampai teguk minuman air kencing syaitan, ada yang sibuk cari salah orang lain.

Ada yang menyalahkan salah kawan dan ada yang sibuk mahu cari siapakah yang merakam dan sebar kan hal berkenaan.

Walhal diri sendiri yang cari pasal dan buat silap sampai masuk ke tempat sebegitu, dan berparti seperti itu.

Itulah intipati yang cuba disampai oleh instafamous popular tanah air iaitu King Coco.

Walaupun tidak meyebut secara tepat tentang isu berkenaan, tetapi kenyataannya seolah olah berkait dengan hal berkenaan.

Ini tulis King Coco di laman Ig miliknya:

“Kah! Bukan kawan yang patut disalahkan atau orang yang merakam, salahkan kaki yang jalan, tangan yang pegang, mulut yang hirup”

“Macam aku dulu-dulu tapi tak pernah salahkan orang lain. Semua salah badan, salah tuan badan. Hai lah badan hai lah nyawa. Orang yang paling hebat ialah orang yang salahkan diri sendiri”

Ini komen King Coco:

Apapun memang betul juga King Coco, kalau seseorang tu dah buat silap, akui kesilapan dan jangan ulangi silap lampau. Tak usahlah cari alasan dan salahkan orang lain.

King Coco sebelum ini pernah popular apabila video nya menjadi viral yang menunjukkan telatahnya berbicara dalam slanga yang unik ala ala mat saleh.

Malah King Coco juga berkata dirinya merupakan hasil dari campuran, a lot of mix.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here