Bukan Nak Tunjuk Hero Harris Anuar Bantu Peserta Dewi Remaja Jatuh Tersungkur

Satu insiden yang mebabitkan seorang daripada peserta reality Dewi Remaja 2019 yang telah jatuh sebanyak tiga kali di pentas “catwalk” sedang tular di media sosial.

Peserta Dewi Remaja yang dikenali sebagai Farzana Zainul yang berusia 22 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan justeru dia jatuh di hadapan penonton sebanyak tiga kali.

Akibat daripada insiden tersebut, bekas finalis Dewa Remaja iaitu Muhammad Harris Shahrul Annuar atau lebih dikenali sebagai Harris telah bertindak naik ke pentas dan menolong Farzana.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh Harris itu juga dikatakan bahawa dia sebenarnya sengaja dan berniat mahu tunjuk hebat ala-ala hero pada malam kejadian.

Namun menurut pelakon kacak ini juga dia menepis dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya itu.

Komen dari Harris Annuar lagi :

“Ya Allah tak ada niat pun nak tunjuk hero dan semua tu hanya spontan. Masa kali pertama jatuh tu saya sendiri pun terkejut tapi tengok dia OK, masih lagi bangun. Kemudian jatuh pula kali kedua dan sebenarnya masa tu saya memang dah nak pergi tolong dah”.


“Tapi iyalah masa tu kan depan media, dengan orang ramai, saya faham sedikit sebanyak mesti dia rasa malu. Saya fikir kalau saya pergi (tolong) pun tak elok juga. Tapi bila sampai tiga kali jatuh tu, saya dah tak boleh nak biar. Jadi, saya pergi tolong juga,”

“Mula-mula tu rasa berbelah bahagi juga, sebab ini bukan pentas kita, ini pentas dia. Bukan niat saya nak tunjuk hero ke apa, tapi bila benda tu terjadi di hadapan saya, takkan saya nak diamkan diri sedangkan tiga kali dia jatuh.

“Bila orang dalam susah, tak salah kita tolong. Kebetulan pula saya duduk berhampiran, kalau tak tolong nanti apa orang cakap pula kan,”

“Cuma satu je, saya puji dengan sikap dia. Sebab nak hadapi situasi macam tu perlu ada keberanian dan keyakinan yang tinggi. Kalau kita tengok, Farzana ni dia tunjukkan emosi yang kuat, dengan terjatuh atas pentas nak kena berdiri pula, dengan apa yang orang cakap semua.

Tapi dia tetap maintain dengan senyuman”.
“Jangan cakap oranglah, kalau saya sendiri yang jatuh pun muka saya sendiri mesti akan berubah, kalau senyum pun tak nampak ikhlas”

Dia juga sempat bertanyakan samaada Farzana ada mengalami kecederaan semasa insiden jatuh itu atau tidak dan mennurut Farzana dia masih ok dan tiada apa yang serius.

Sememangnya itu adalah sikap yang terpuji apabila kita dengan ikhlas menolong orang yang berada dalam kesusahan kerana suatu hari nanti kita juga akan berada di tempat yang sama dan mengharapkan bantuan dari orang yang ikhlas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here