“Bukan hak saya, buat apa saya nak jaga” – Adam Shahz Dedah Punca Tak Jaga Anak Sulung Fatin Afeefa

Ini merupakan kisah terbaru tentang pelakon Adam Shahz dan juga Fatin Afeefa. Adam Shahz menyatakan bahawa dia tak mahu ambil tahu tentang anak lelaki bekas isterinya, Fatin Afeefa kerana baginya budak itu bukan darah dagingnya.

Adam Shahz berkata hubungannya dengan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian yang kini berusia 6 tahun itu, hanya ketika mereka masih lagi suami dan isteri. Selepas bercerai, dia hanya bertanggungjawab terhadap anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun.

Ini kenyataan Adam Shahz:

“Saya ada kaitan dengan dia dan anaknya sebelum perceraian sahaja. Selepas itu, bagi saya tak ada apa-apa dan saya tak nak ambil tahu. Anak perempuan saya selalu ambil untuk jaga dan memang anak saya seorang itu sahaja. Yang bukan hak saya, buat apa saya nak jaga. Bagi saya, yang bukan hak, kita kembalikan semula hak tersebut”

Sebelum ini, Fatin Afeefa mendedahkan Arrian adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama pelakon wanita itu. Fatin mendedahkan perkara tersebut selepas netizen mempersoalkan usia Arrian tidak sama dengan tahun perkahwinannya dengan Adam.

Adam Shahz juga pernah menjelaskan bahawa Arrian adalah anak angkat dan bukan anak kandungnya. Dalam pada itu, Adam enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan atau pergaduhan antara dua pihak.

“Sebenarnya saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu. Kalau dia sendiri dah kata begitu, betul la kut. Bagi saya, biarlah ianya menjadi rahsia sepanjang saya bersama dia. Saya tak bagi kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan lagi. Takut nanti kenyataan saya itu boleh mendatangkan pergaduhan antara dua belah pihak”

Adam berkahwin dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013. Pasangan ini berpisah pada 30 Mei tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here