Buat hal lagi.. peminat sedih melihat aksi Iqram Dinzly

Sebelum ini Iqram Dinzly memang terkenal dengan aksi yang agak pelik dan ramai mengatakan dia ada masalah.

Tapi ibaratkan pelakon yang mendalami jiwa seni, setiap tindak tanduknya boleh dikatakan penuh dengan kehalusan walaupun dari mata kita kelihatan agak pelik.

Apapun, Iqram dilihat seperti sudah mula okey dan aksinya tidak lagi menjadi viral. Malah, dikatakan dia juga sudah menerima tawaran berlakon.

Dalam perkembangan terkini, ada satu gambar yang menunjukkan dirinya tanpa memakai baju dengan patung beruang di kakinya dan ini sekaligus telah membuatkan para netizen dan followernya terkejut lantas menulis komen yang mengecam tindakan pelakon ini.

Ramai juga netizen yang meluahkan rasa menyedihkan melihat apa yang dilakukan oleh Iqram Dinzly itu kerana kelihatan seperti sudah kembali menjadi seperti dulu (membuat aksi pelik).

Sambil menulis status yang ditujukan kepada seseorang, Iqram nampaknya turut mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon Jue Aziz namun ucapannya itu dikatakan agak melampau.

Ini komen Iqram Dinzly:

“Bangun je tidur tadi…terus teringatkan #birthday you. Happy Birthday @furqanhod yang padu lagi jitu. Semoga u bahagia selalu dengan kehidupan dimensi baru you. I tak nyesal kenal you, sebab you Guru Pucuk Muda yang banyak #ilmu dan tinggi kesabaran dan keredhaan you.

“Kirim salam kat Isteri You tu. I jealous sebab dia memiliki insan seperti you Dan you untong dapat isteri seperti itu. Namun keiqlustan you tetap dijiwa i selalu.

“Begitu jua buat sayangku sorang ni @jueaziz22_official yang semakin montok dan ayu sedang menjanda ni, suara serak serak basah pergh kasi adik layu jadi jitu, yang telah berlalu harijadi mu. Maafkan i ya you, i ingat nak kita berdua check in dulu baru i wish kat you .

“Semoga kita sama sama kecapi kehidupan perjalanan penuh onak asmaradana ini dengan lebih suci dan menjadi sri kanda dan sri kandi berseri. Perkenankanlah Tuhan Ilahi,”


Tindakan Iqram yang telah memuatnaik status dan gambar itu telah mencetuskan provokasi daripada para peminatnya untuk menulis komen negatif kepadanya dan ada juga memberi nasihat supaya pelakon ini pergi berubat.

Apakah motif dan  tujuan Iqram memuat naik gambar dan status sedemikian ye. Hmmm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here