Cadangan untuk membawa kumpulan Kpop terkenal, BTS terus menjadi perdebatan ramai.
Kali ini Pencetus Ummah (PU) Syed pula menggelarkan kumpulan itu dengan gelaran syaitan yang mahu menyesatkan umat Islam di Malaysia.
Menerusi Instagram, PU Syed menulis kenyataan itu berserta dengan keratan akhbar mengenai negara Rusia yang mengharamkan konsert BTS.
Ini antara komen panas PU Syed:
HANYA SETAN MAHU SESATKAN MANUSIA
“Kita Negara Islam, boleh nak jemput setan² ni dtg. Rusia Negara Kapir pun tahu nak jaga rakyat mereka.
“Maaf guna kalimah setan, sebab hanya setan yg mahu menyesatkan manusia. Kumpulan ini seperti itu juga. Nilai² apa yg hendak mereka bawa kecuali kesesatan.
“Yang menjemput kena berfikir cara agama, bukan sekodar logik akal semata². Didik pewaris negara ini dgn agama.
BANTAH MEREKA HADIR KE MALAYSIA
“Istilah syukur atas nikmat bukan niqmah!
“Bantah mereka dari hadir ke Malaysia.
“Kesan kpd maruah agama, kesan kpd akhlak, kesan kpd masyarakat.
“Carilah uslub lain utk tarik pelancong ke Malaysia.
FITNAH DAJAL
“Fitnah Dajjal lagi dahsyat, hanya yg ikut al Quran dan al Sunnah serta para ulama shj yg akan selamat dari apa yg akan dibawa oleh Dajjal dan pengikut²nya.
“Rajin² baca buku ttg fitnah akhir zaman, boleh start dah hafaz 10 ayat awal surah al Kahfi daripada kalian sibuk menghafaz lirik lagu kpop korea.
Pastinya dakwaan keras PU Syed itu tidak disenangi peminat Kpop, yang terus menyerang akaun media sosial pendakwah itu. Rata-rata ramai kecewa dengan ‘dakwah’ kasar yang digunakan PU Syed terhadap kumpulan itu.
CEGAH SEBELUM PARAH
“Sukakah kalian jika suatu masa nanti anak² kalian pula, menjadi obses dan fanatik terhadap artis seperti kalian.? Jika Ya takziah, jika Tidak, maka fikir²kanlah utk generasi yg akan dtg.
“Cegah sebelum parah. Peminat² yg fanatik ni, bila dah tiba saat² menanti ajal, pasangkan lagu² kesukaan kalian. Panggilah figure² yg kalian minat itu utk talqinkan.
Di ruang komen, ramai peminat fanatik yang bengang dengan gelaran yang ditulis PU Syed.
Tidak berdiam diri, PU Syed memuat naik pula entri menyindir serta sekolahkan peminat fanatik yang mula menyerang akaunnya.
Beliau juga memuat naik bukti, beliau juga menegur artis-artis Malaysia dan bukanlah hanya artis Kpop.
Sumber: Ig Pu Syed