Bos Maxis Marah Herdik Pekerja Termasuk Wanita Hamil Akhirnya Digantung Tugas

Semalam jadi viral di laman sosial media apabila seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video dimana seorang kakitangan syarikat telekomunikasi, Maxis memarahi dua orang pekerja termasuk seroang pekerja wanita yang sedang hamil.

Tindakan penuh emosi amarah dan garang, kakitangan Maxis yang dikatakan bos kepada pekerja berkenaan telah mengundang rasa marah para netizen dan menganggap perkara itu keterlaluan.

Oleh kerana isu ini menjadi hangat, akhirnya pihak Maxis tampil memberi penjelasan di Twitter. Dikatakan kakitangan Maxis berkenaan telah digantung tugas selepas video tindakannya memaki pekerja tersebar. Perbuatan berkenaan dilabel sebagai tidak beretika.

Ini kenyataan Maxis:

Baru-baru ini, sebuah video berhubung insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami.

Kami kesal dengan insiden terbabit yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja terbabit telah digantung tugas.

Insiden itu tidak mencerminkan nilai syarikat, sebaliknya kami mengamalkan nilai bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni bagi semua pekerja.

Video yang berdurasi selama 36 saat itu menunjukkan wanita dipercayai majikan kepada dua pekerja itu mengherdik mereka kerana tidak mematuhi arahan dan tugasan.

Wanita berkenaan marah dengan kata-kata seperti ini: “Kamu duduk di sini dan hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya? Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?”

Ini videonya:

gaduh

Apa citer ni gais???Dari sumber yg aku dapat Manager mengamuk sbb sales tak capai target…kesian kat akak mengandungtu!!!Katanya co.telekomunikasi terkenal!!!

Posted by Penmerah Press on Saturday, 29 September 2018

Selain itu, pihak syarikat Maxis juga turut menghubungi pekerja yang terjejas kerana dimarahi itu dan menyatakan kekesalan terhadap insiden itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here