Bincang Warna Stokin Sekolah, Dato Seri Najib Razak Perli Menteri Pendidikan, Dr Maszlee

0
7371

Sejak akhir-akhir ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak sering memberi pandangan dan mengkritik kerajaan baru. Ianya dilakukan hanya menerusi kenyataan yang ditulis di laman FB miliknya.

Tetapi bukan calang-calang juga, FB yang menggunakan nama Najib Razak ini mempunyai 3.5 juta follower atau likers. Apa sahaja yang DS Najib Razak kritik, ianya terus menjadi buah mulut dan terus viral di laman media.

Yang terbaru, DS najib Razak dilihat memerli Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee. Secara sinis, DS Najib Razak mengatakan menteri pendidikan amat bagus berpandangan jauh serta mengakui warna kasut dan stokin amat penting dalam perkembangan pelajar.

DS Najib turut memuatnaik foto keratan berita mengatakan pihak menteri sedang membuat perbincangan untuk warna stokin.

Ini perkongsian DS Najib Razak:

“Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh. Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia. Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna.

“Sayang sekali Menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian. Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga. Insya-Allah anak-anak kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dan berjaya di masa depan.

Tulisan terbaru dari DS Najib Razak ini telah mendapat lebih dari 32 ribu likes, 7 ribu komen dan lebih 6 ribu yang share.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan telah mengatakan tahun depan, pelajar sekolah akan memakai kasut berwarna hitam manakala warna stokin masih dalam perbincangan.

Sumber: FB Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here