Bilal Muda Meninggal Dunia Terjatuh Flat

Hanya kerana  terkunci di dalam rumah flat telah menyebabkan mangsa untuk keluar dari rumah dengan cara meniti beranda dapur telah menyebabkan lelaki ni meninggal dunia apabila terjatuh dari tingkat tiga di Flat Sri Kolam, Jalan Dato Isaac pada Jumaat semalam.

Kejadian malang itu dilaporkan terjadi lebih kurang pukul 2.15 petang ini. Lelaki yang bernama Muhammad Khaizuran Izzuddin Zulkifli, berusia 26 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah yang dialaminya.

Abang mangsa yang bernama Muhammad Izuan Zulkifli berkata tiada ahli keluarga lain yang berada di rumah mereka kerana kesemuanya telah pergi melawat sahabat keluarga di Rhu Rendang, Marang.

Komen abang mangsa :-

“Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi Izzuddin menelefon bertanyakan sama ada saya ada terambil kuncinya kerana mahu keluar menunaikan solat Jumaat.”

“Kami sekeluarga keluar rumah kira-kira pukul 8.00 pagi dan waktu itu arwah masih tidur. Jadi saya kunci pintu jeriji besi untuk tujuan keselamatan,

Namun, lebih kurang sekitar jam 2.30 petang abang kepada mangsa,Muhammad Izuan telah menerima satu panggilan telefon dari kawanya yang juga penduduk flat tersebut dan memberitahu akan kejadian malang itu.

Punca kejadian tersebut dipercayai bahawa disebabkan usaha bagi mencari kunci rumah tersebut menemui jalan buntu,mangasa kemudian telah mengambil risiko jalan singkat lalu telah meniti ke beranda dapur untuk keluar namun malangnya dia tergelincir dan jatuh mungkin disebabkan tubuh badannya yang agak besar.

Hasil sisiatan yang dilakukan oleh pihak Ketua Polis Terengganu ACP Abd Rahim berkata kes tersebut dikatakan sebagai mati mengejut.

Innalillahiwainnailaihirojiun semoga mangsa ditempatkan bersama orang yang beriman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here