“Bila yang buat perbuatan keji ni terkena dekat family sendiri..” – Luahan Diana Danielle

Pelakon cantik jelita, Datin Diana Danielle telah berkongsi sekeping gambar Lebuhraya Karak yang menjadi viral. Ini ekoran jelas kelihatan jalan berkenaan telah dituang minyak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Khabarnya, jika dituang minyak, jalan akan menjadi lebih licin dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Hal ini akan memberi kesempatan untuk mereka dan pihak tak bertanggungjawab untuk mengambil untung dari kemalangan berkenaan.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat orang ramai.

Diana Danielle telah meminta orang ramai untuk berhati-hati jika melalui kawasan tersebut.

“Hati-hati sangat please, bila yang buat perbuatan keji ni terkena dekat family sendiri, baru cerah sangat masa depan engkau bang!” 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada yang berkongsi pengalaman mereka, ada juga yang mengatakan kejadian itu adalah gambar lama dan ia disebabkan oleh kemalangan.

Malah rakannya iaitu pelakon Siti Saleha turut bersetuju dengan Diana Danielle:

Crazy insane people” tulis Siti Saleha

Ini pula tulis folower lain:

@iracumak: “Ye sy pernah kena time hujan..dia tumpah kan minyak time hujan,jln licin terbabas nasib xjatuh gaung…nasib sy nga suami selamat..hati2 di jln raya masa hujan

@izzahatikahm: “Tapi memang betul pun. Saya sendiri pernah accident dulu.. dahla mase tu mengandung. Lepas berpusing kereta, tak sampai berapa minit cepat je ada towing datang, siap ada saksi lagi mase tu kata nampak kereta saya berpusing. Bila report polis, polis cakap diorang tk boleh nak buat ape2 sbb takde bukti. Masa yang sama, ada 5-6biji jugak accident..

Sedikit info mengenai Diana, pelakon kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here