“Bila tak dapat hargai, jangan menghina..” – Luahan hati Abby Abadi

Selebriti yang telah berhijrah iaitu Abby Abadi tampil menulis luahan hatinya di laman media sosial.

Abby Abadi yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Elite dan juga pelakon Gerak Khas telah menasihati orang ramai supaya jangan mencari kesempurnaan keterlaluan dalam hidup mereka.

Menerusi satu entri di Instagram (IG), Abby Abadi berkongsi video bersama keluarganya dan menjelaskan kesempurnaan dalam hidup sebenarnya tidak ada sebaliknya hanya keikhlasan hati untuk menerima kekurangan yang ada dalam diri. Itulah yang penting.

Ini komen Abby Abadi di laman IG:

“Inilah kehidupan. Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.

“Bila tak dapat memberi, jangan mengambil. Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci. Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih. Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi.

“Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji. Bila tak dapat menghargai, jangan menghina. Jangan mencari kesempurnaah, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita.

“Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal. Ingatlah, dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti.

“Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka. Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab.

“Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnnn,”

Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Abby Abadi dan keluarganya apatah lagi hubungan Abby dan keluarga bekas suami iaitu Norman Hakim serta Memey Suhaiza amat rapat.

Ramai peminat yang mendoakan keluarganya akan sentiasa dilindungi dan diberi kebahagiaan selamanya. InsyaAllah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here