Pelakon popular Rita Rudaini telah mendedahkan bahawa anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin yang berusia 10 tahun menjadi trauma selepas dibuli oleh kawan sekelasnya di sekolah baru-baru ini.
Menurut Rita Rudaini lagi, kejadian itu terjadi berulang kali dan telah menyebabkan anaknya takut untuk ke sekolah serta selalu meminta untuk menukar sekolah lain.
Ini yang didedahkan oleh pelakon jelita ini lagi:
“Saya difahamkan bukan Rayyan seorang saja, tapi ada rakannya yang lain turut menjadi mangsa. Bagaimanapun, mereka melawan. Berbeza dengan Rayyan yang hanya diam dan tidak melawan. Mungkin kerana dia ingat pesan saya.
“Bagaimanapun, apabila Rayyan diam kanak-kanak itu ambil kesempatan pula. Bagi saya, tindakan melondehkan seluar Rayyan di kawasan terbuka adalah satu pembulian dan ia sangat kurang ajar.
“Ditambah pula ketika itu waktu rehat dan ramai murid lain. Memang semua nampak menyebabkan Rayyan malu dan menangis,”
“Saya geram ibu bapa murid itu buat tak tahu saja. Selepas saya muat naik di Instagram semalam, baru mereka menghantar mesej kepada saya. Saya cakap selesaikan dengan pihak sekolah.
“Mereka tak tahu kesan perbuatan anak mereka terhadap anak saya. Rayyan menjadi trauma, tak nak ke sekolah malah siap minta tukar sekolah.
“Saya cakap, ini bukan salah sekolah. Tapi atas didikan ibu bapa di rumah. Saya tak mahu ada mangsa lain yang akan kena lebih teruk lagi,”
Jelas Rita lagi bukan sahaja anaknya menjadi mangsa buli dari kanak-kanak biadap itu namun mangsa buli yang lain bertindak melawan apabila dibuli tetapi tidak anaknya.
Disebabkan sikap yang tidak melawan oleh Rayyan, pembuli tersebut telah bertindak melondehkan seluar anak sulungnya itu di khalayak ramai dan menyebabkan dia berasa malu dan menagis.
Walaubagaimanapun, dia telah membuat aduan kepada pihak pengetua sekolah serta masih menunggu tindakan selanjutnya.