“BFF isteri, adalah bekas teman wanita saya…” Dengar macam awkward tapi benar

Teman baik atau Best Friend Forever (BFF) isteri adalah bekas kekasih sang suami. Kalau orang biasa mungkin akan kedengaran agak awkward dan pelik tapi situasi ini benar-benar berlaku dalam realiti kehidupan tiga sahabat ini.

Pengantin lelaki iaitu Wan Amir telahpun berkahwin dengan pengantin perempuan bernama Hadirah pada 8 Disember yang lalu. Tetapi yang agak peliknya, kawan baik kepada Hadirah ialah bekas kekasih kepada Wan Amir yang bernama Diana.

Walaupun dihimpit kenangan silam, Wan Amir, Hadirah dan Diana tetap bersahabat baik sehingga lah ke hari ini.

Malah, Diana telah dipilih untuk menjadi pengapit kepada pasangan sama cantik sama padan ini.

Bagi sesetengah pasangan yang putus cinta, jauh di sudut hati pasti meminta agar tidak dipertemukan semula dengan bekas kekasih.

Namun bagi Wan Amir, dia tidak janggal dengan perkara itu.

Ini jelas Wan Amir tentang keadaan tersebut:

“Saya tahu mereka bersahabat baik. Mereka amat rapat, sering keluar bersama dan juga ‘nakal’ bersama-sama di sekolah.

“Jadi tak ada rasa pelik. Sebaliknya hubungan kami jadi semakin rapat. Sejak saya dan bekas kekasih sudah tiada rasa cinta, jadi okay je,”

Bercerita lebih lanjut tentahg kisah mereka, Wan AMir yang kini berusia 25 tahun itu mendedahkan mereka mengenali antara satu sama lain semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Cheras kira-kira 12 tahun lalu.

“Kami rakan di sekolah menengah sejak Tingkatan Satu. Sewaktu di awal zaman persekolahan saya dan bekas kasih bercinta tapi tak lama.

“Saya jatuh cinta dengan isteri saya sejak Tingkatan Satu, namun dia tak mungkin dimiliki. Dia seorang yang bijak dan cantik, semua orang menjadikannya sebagai idola. Jadi saya tidak memulakan sebarang langkah,”

Ketika di Tingkatan Tiga, Wan Amir akhirnya mengalah untuk memikat Hadirah dan jatuh cinta pada Diana. Akan tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.

Ini komen Wan Amir lagi:

“Dia (Diana) bagus tetapi bukan jodoh kami untuk bersama. Masing-masing ada pandangan dan cara hidup yang berbeza.

“Jadi atas persetujuan bersama dan rasa hormat, kami berpisah,”

Wan Amir yang merupakan jurugambar profesional itu, akhirnya berjaya memikat Hadirah.

“Saya ajak dia keluar dan kemudian minta untuk jadi kekasih saya. Pada mulanya agak kekok tetapi perpisahan dengan bekas kekasih dilakukan atas persetujuan bersama jadi tak simpan dalam hati.

“Mereka kekal sebagai sahabat baik dan 10 tahun kemudian inilah kami. Jadi asasnya ya. Teman baik isteri saya adalah bekas kekasih saya.

“Kami masih keluar setiap minggu dengan pasukan ragbi kami. Dia adalah pengapit isteri saya. Hubungan kami amat baik,”

Gambar perkahwinan yang dimuatnaik Wan Amir pada 12 Disember lalu dengan kapsyen “You think your relationship is weird? My wife’s best friend is my ex girlfriend” menjadi tular di Twitter.

Rata -rata netizen mengagumi hubungan baik yang terbina diantara mereka.

Jelas Wan Amir dia sekadar memuat naik gambar tersebut di Twitter sekadar untuk suka-suka.

“Ia hanya untuk suka-suka sahaja tapi tak sangka sampai jadi viral. Saya juga ingin kongsikan bahawa tidak semua hubungan itu toksik dan tidak semua perpisahan itu menjelikkan,”

Semoga hubungan ketiga-tiga mereka terus utuh dan baik selalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here