“Betapa bodohnya saya..” – Lan Pet Pet nak beli minuman isotonik sebelum mengamuk

Pelawak Lan Pet Pet telah viral dengan kes membelasah seorang pengawal keselamatan awal bulan lalu. Kini kes ini berakhir apabila kedua-duanya saling bermaafan antara satu sama lain.

Ramai yang tertanya bagaimana insiden pada malam 6 April lalu berlaku sehingga Lan sangguo memukul Pak Ya.

Kata Lan, pada malam kejadian dia bergegas memasuki Taman Acacia, Desa Jaya di Nilai, Negeri Sembilan iaitu lokasi Yahya bertugas untuk membeli minuman isotonik untuk anaknya.

Ini ceritanya:

“Anak saya ada acara sukan sekolah yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Saya tak sedap hati sambil tunggu acara melibatkan anak saya kerana kebiasaannya dia akan tidur awal.

“Tapi acara dia berlari sekitar 10.30 malam. Tenaga dia makin lemah sebab tunggu dari petang sampai ke malam.

“Saya keluar nak beli minuman isotonik… di situlah ada perselisihan faham masa bawa kereta,”

Namun, Lan Pet Pet memilih untuk tidak menceritakan secara penuh insiden berkenaan.

Berkata dengan lebih lanjut, Lan sekali lagi meluahkan rasa kesal dan memohon maaf terhadap tindakan luar kawalan kepada Yahya.

“Saya ingin memaklumkan khususnya kepada peminat bahawa perkara ini sudah berlalu dan tidak perlu diungkit-ungkit lagi.

“Saya bertemu dengan Pak Ya (Yahya), kami sudah bermaaf-maafan antara satu sama lain. Semua dah jelas dan saling memahami dengan keadaan yang terjadi.

“Saya akui dihimpit rasa bersalah selagi tidak bertemu dan meminta maaf kepada Pak Ya sendiri, saya tidak tenteram dan tidak boleh tidur,” 

“Saya berharap sangat semua pihak dapat maafkan saya yang kerdil ini. Setiap ujian Allah ada hikmahnya, InsyaAllah dengan berkat inisiatif muafakat kami ini saya akan menjadi seorang manusia yang lebih matang dan berhati-hati pada masa akan datang,”

Dalam pada itu, Lan dalam kenyataan media yang diedarkan turut meluahkan rasa sedih apabila teringat nasihat arwah bapanya yang mahu dia sentiasa menghormati orang tua.

“Arwah ayah selalu ingatkan saya supaya hormat kepada semua orang terutama orang lebih tua. Jika arwah ayah masih hidup, dia pasti kecewa dengan apa yang terjadi,” 

Selain itu pada sidang media sama Lan juga mengumumkan untuk membawa warga emas berkenaan bersama isterinya menunaikan umrah pada Disember depan.

Katanya, dia berjanji untuk menjaga pasangan itu seperti ibu-bapanya sendiri.

Ini videonya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here