Semalam, Sultan Johor (Sultan Ibrahim) telah bertitah danalam satu kenyataan tentang keadaan terkini setelah Menetri Besar Johor meletakkan jawatan.
Ini titah Sultan Johor:
KENYATAAN DYMM SULTAN JOHOR
Saya kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama Negeri Johor melalui laporan-laporan semua pihak.
Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.
Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.
Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti.
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
(10 April 2019)
Ini pula komen dari TMJ
Baik Majlis Raja Raja nasihat Your menteri dan AG for membelakangkan Raja-Raja. Sign Statut Rome tanpa mendapat consent. Dah buat salah tunjuk sikap bertanggungjawab. Jgn guna saya untuk alihkan perhatian oleh kerana tidak ‘perform’ dan tak dapat tunaikan janji kepada rakyat.
Sumber: FB Sultan Johor / TMJ