Berang diejek dengan nama ‘gajah’, lelaki bunuh tiga sekeluarga

0
1421

Dek kerana berdendam dan marah kena ejek dengan gelaran ‘gajah’, seorang lelaki bertindak di luar batasan pemikiran apabila telah membunuh satu keluarga dalam satu kejadian yang amat menggemparkan penduduk di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia.

Suspek dikatakan menghumban kesemua mangsanya ke dalam sungai bagi menghilangkan bukti dan lebih kejam, suspek yang dibantu tiga rakan subahat turut mengikat tangan, kaki dan mulut mangsa sebelum menghumban mereka ke dalam sungai ketika masih bernyawa.

Menurut polis, tiga orang mangsa yang terkorban bernama Muhajir, Suniati (isteri) dan Solihin (anak lelaki).

Pembunuhan kejam itu terbongkar selepas mayat tiga beranak terbabit dijumpai terapung di sungai Blumei berhampiran Tanjung Morawa, pada hari Isnin yang lalu. Sebelum penemuan kesemua mayat berkenaan, pihak polis telah diberitahu tentangkehilangan mereka sejak 9 Oktober lalu.

Susulan kes yang enjadi viral itu, polis telah membuat siasatan dan berjaya memberkas perancang utama pembunuhan, Rio Suryaningrat. Siasatan mendapati motif pembunuhan adalah dendam.

Ini kenyataan dari Ketua Polis Sumut, Agus Andrianto.

“Suspek melakukan pembunuhan itu kerana tidak tahan diejek oleh isteri mangsa dengan gelaran gajah kerana keadaan fizikalnya yang gempal. Dia meminta pertolongan tiga rakan bagi melupuskan mayat dan bahan bukti”

Tambah pihak polis, kesemua tertuduh bakal dihadapkan ke muka pengadilan dan didakwaatas tuduhan membunuh. Sumber berita- Tribunnews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here