“Benda terjadi, dugaan Allah nak bagi, seperti rosakkan segalanya, saya minta maaf” – Haneesya Hanee

Things like this happen, dugaan Allah nak bagi, and it has like ruined everything, i’m so sorry, you guys have the right to be mad at me” itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut Haneesya Hanee bekas pemenang Dewi Remaja edisi tahun ini.

Setelah beberapa hari bergelar juara, kini gelaran berkenaan telah ditarik balik setelah video dirinya bersama dua lagi peserta Dewi Remaja dilihat sedang berparti sakan.

Gadis berusia 18 tahun ini turut meminta maaf terhadap apa yang telah terjadi dan mengharapkan sokongan berterusan dari para penyokongnya agar menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

Ini videonya:

Kenyataan HaneesyaHanee pada sidang media sebentar tadi..?KLIK link di bio Remaja untuk UPDATE terkini. Dan tonton…

Posted by Remaja on Wednesday, 16 January 2019

Ini pula kenyataan oleh Haneesya Hanee di majalah Remaja:

“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.

“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,”

Haneesya Hanee telah menyifatkan apa yang berlaku ini untuk dijadikan ihtibar dan akan menjadikan dirinya lebih kuat dan positif.

Selain itu, Haneesya Hanee turut meminta netizen dan masyarakat agar tak membabitkan keluarganya terutama menyalahkan ibunya atas apa yang terjadi.

“Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,”

Haneesya Hanee berkata sedemikian dengan rasa sedih dan sambil mengalirkan air mata.

Dalam pada itu dua lagi peserta yang turut berada di dalam video itu juga tidak dibenarkan untuk menggunakan nama Dewi Remaja. Mereka ialah Fazreen dan juga Ernisha.

Turut dilangsungkan, sesi penyerahan kembali replika cek, trofi dan tiara Dewi Remaja. Hadir sama ialah pemenang tempat kedua pertandingan tersebut.

Sumber: REMAJA

4 COMMENTS

  1. Budak2 KL bnyk jgk yg jahil agama. Area bandar2 besar lain pun sama jgk. Tak heran la klu meneguk. Berdansa. Berzina tu mmg jadi keperluan hidup utk jenis2 budak kurang serapan agama. Sbb diorang jahil dan ada dugaan hidup sendiri mcm mak bapak bercerai.. Mak bapak terlalu fokus pada karier semata2 nak showoff success. Padahal budak2 ini ada jgk akhlak yang baik.. Cuma tu la, budaya barat dah lebih jadi serapan. Xde beza nilai pun dgn
    korang2 yg kuat maki depan kaca henpon ni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here