“Benda haram macam tu boleh naikkan Adira semula dalam industri?” Dato Red Betul-Betul Marah

Suami Adira Suhaimi iaitu Datuk Red atau naam penuhnya, Datuk Seri Adnan Abu memang betul-betul berang apabila tegurannya terhadap babak bersentuhan dalam video muzik lagu baharu isteri keduanya berjudul Pujaan Hati tidak diendahkan.

Datuk Red berkata, dia sudah memberi peringatan kepada Adira dan pengurusnya supaya tak buat adegan sentuh dengan lelaki lain dalam video muzik tersebut, namun tidak diberi perhatian.

Ahli perniagaan ini juga akan mengambil tindakan tegas dan mencari jalan untuk memadam video muzik tersebut dalam apa cara sekalipun.

Ini komen penuh Datuk Red:

“Saya kecewa dengan babak bersentuhan itu seolah-olah tidak menghormati saya sebagai suami Adira. Sehari sebelum penggambaran saya sudah beri amaran dan saya dapat tahu mereka tetap buat juga. Sebelum pelancaran saya sudah hubungi Adira dan pengurus agar buang babak tersebut.

“Tapi mereka tidak layan. Apa mereka rasa benda haram macam tu boleh naikkan Adira semula dalam industri?”

“Saya bagi tempoh untuk mereka usahakan tapi sampai sekarang masih lagi tiada apa-apa tindakan. Pihak Nova Music langsung tidak hubungi saya.

“Sekarang saya akan usahakan video muzik itu dipadamkan dari Internet kerana selagi ada selagi itu dosa saya berjalan.

“Saya sudah dapat balasan dosa-dosa lampau dan sekarang nak jadi manusia lebih baik tapi jadi macam ni pula,”

“Saya beri kelonggaran tapi ada batasan. Masa penggambaran 99 peratus kru produksi beragama Islam tapi kenapa tidak fikir tentang itu.

“Mereka boleh sahaja lapik selimut atau apa-apa. Saya sudah lama tak campur urusan Adira sebab tak mahu orang kata saya yang lebih-lebih, tapi lain pula jadinya”

Video muzik Adira itu menunjukkan penyanyi berkenaan bersentuhan dan memegang tangan pelakon lelaki yang sedang berbaring di sebuah hospital.

Datuk Red telah muat naik menunjukkan rasa tidak puas hati di laman sosial Instagram miliknya terhadap babak bersentuhan dalam video muzik tersebut yang dilancarkan pada Rabu lalu.

Dia turut meminta pihak pengurusan penyanyi itu iaitu Nova Music agar memotong babak tersebut dalam tempoh tiga hari sejak Jumaat lalu.

Sebelum ini, Adira ada mengatakan dia sudah mendapat keizinan suami untuk membuat adegan berkenaan. Kini Adira enggan memanjangkan isu tersebut dan menganggap perkara berkenaan boleh dibawa berbincang di rumah.

Untuk pengetahuan, Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here