Bella Block WhatsApp Raffi Kerana Sibuk Masuk Campur Hal Peribadi ?

Jika sebelum ini kita digemparkan dengan berita berkaitan dengan masalah rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan suaminya Engku Imran.

Gosip berkaitan dengan rumah tangga pasangan itu dikatakan mengalami masalah apabila Bella menyatakan bahawa dia tidak akan lagi memuat naik gambar suaminya di media sosial kerana takut dirampas oleh wanita lain

Disebabkan kenyataan itu, ramai warga net telah membuat spekulasi dan mendakwa bahawa perkahwinan di antara dia dan Engku Imran kini berdepan dengan masalah.

Khabar angina itu juga telah menular di media hiburan Indonesia sekaligus mendapat perhatian daripada Raffi Ahmad yang juga merupakan pelakon di sana.

Raffi Ahmad merupakan bekas teman lelaki Laudya Cynthia Bella. Aktor itu juga memberi komen pandangan tentang apa yang dihadapi oleh Bella.

Terdahulu Raffi Ahmad berkata bahawa Bella merupakan seorang wanita yang matang dan tidak suka bercerita hal masalah di media sosial.

Disebabkan respon yang diberikan oleh Raffi Ahmad terhadap Laudya Cynthia Bella dikatakan persahabatan mereka terus menjadi dingin.

Ini kerana Raffi didakwa telah mencampuri urusan rumah tangga Bella dengan Engku Emran.

Disamping itu, pelakon cantik ini juga memberitahu bahawa dia sudah “block” nombor telefon Raffi di aplikasi Whatsapp.

Sumber dari TribunWow.com menyatakan bahawa Raffi tidak mengetahui apa status hubungan persahabatannya dengan Bella kerana dia tidak lagi meyimpan nombor telefon bekas teman wanitanya.

Malah menurut Raffi dia berkata apa yang terjadi di antara dia dan Bella disifatkan sebagai salah faham sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here