Belanjawan Anak Muda 2020, Inilah Halatuju Yang Kita Mahukan Untuk Golongan Muda- Syed Saddiq

0
850

Umum telah mengetahui akan dana belanjawan yang diperuntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meningkat kepada RM1.2 billion telah ditambah bagi mecapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Belanjawan 2020 merupakan ‘belanjawan anak muda 2020’ justeru ia akan memberi perkembangan positif terutamanya kepada golongan belia khususnya dalam menceburi peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jelas Syed Saddiq lagi lebih banyak penambahbaikan yang akan dirancang oleh kerajaan melalui peruntukan Belanjawan 2020 termasuklah peruntukan dana khas yang berjumlah RM6.5 bilion bagi mencipta 350,000 peluang pekerjaan kepada belia tahun depan.

Kenyataan dari Syed Saddiq:

“Pada masa sama, ia bukan sahaja tentang peluang pekerjaan baharu, kita juga lihat sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat dekat dengan anak muda khususnya yang berlatar belakang daripada keluarga B40 ada peningkatan RM200 juta”.

“Ini tidak termasuk dengan kenaikan elaun anak-anak TVET di setiap institusi TVET sebanyak RM100 sebulan. Inilah hala tuju yang kita mahukan,”

Kenyataan itu diucapkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq semasa beliau ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2020 semalam.

Sebagai rekod, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat telah mengumumkan inisiatif MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bagi tujuan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti untuk anak muda serta wanita, justeru ia akan dapat mengurangkan tenaga pekerja asing yang berkemahiran rendah.

Konsep MalaysiaKerja dibahagikan kepada empat jenis program iaitu GraduanKerja (Graduates@Work), WanitaKerja (Women@Work), WatanKerja (Locals@Work) serta PerantisKerja (Apprentice@Work) yang sememangnya di khaskan kepada pekerja serta majikan dengan pelbagai insentif yang menarik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here