Belanjawan 2021 : Moratorium Dilanjutkan Atau Tidak Akan Diumumkan ESOK

Esok bermulanya perbentangan Belanjawan 2021 untuk rakyat Malaysia. Salah satu yang diharapkan oleh rakyat adalah moratorium dilanjutkan lagi bagi meringankan bebanan yang dilalui ketika musim COVID -19.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, keputusan Moratorium dilanjutkan atau tidak akan diumumkan pada hari esok.

”Jumaat ini ada pembentangan bajet yang akan menentukan sama ada inisiatif itu dilanjutkan atau sebaliknya. Tunggu pengumuman Jumaat ini.”

Moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik diumumkan kerajaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam bulan yang telahpun berakhir 30 September lalu dan disambung hingga Disember ini secara bersasar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here