Yang ditunggu akhirnya tiba. Bajet belanjawan tahun 2020 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada hari ini 11 Oktober pada pukul 4 petang tadi.
Untuk belanjawan kali ini, ianya mengangkat tema “Memacu Pertubuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”.
Antara yang menarik tentang intipati belanjawan 2020 ini adalah daripada bajet khas untuk Kementerian Belia dan Sukan.
Sebagai rekod, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meminta dana khas berjumlah RM6 billion bagi mewujudkan peluang pekerjaan baru yang setimpal dengan golongan belia.
Bagi merealisasikan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini, peningkatan bajet sebanyak RM1.2 billion ditambah untuk KBS.
Antara manafaat secara ringkas yang bakal dinikmati oleh para belia ialah:
~Perbelanjaan Operasi: RM671 juta
~Perbelanjaan Pembangunan: RM484 juta
Sementara itu, peruntukan sebanyak RM6.5 billion khas untuk pembagunan belia bagi mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan merangkumi:
Graduan Kerja
– Mengangur selama >12 bulan
– Mendapat insentif gaji selama 2 tahun sebanyak RM500 sebulan.
– Majikan: Insentif menyewa sebanyak RM300 sebulan selama 2 tahun.
Perantis Kerja (TVET)
– Bonus tambahan Rm100 untuk pelatih TVET
– Melanjutkan insentif cukai bagi Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun.
– Syarikat-syarikat dibawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan diberikan insentif cukai dan merangkumi semua pelajar dan bukannya bidang teknologi dan kejuruteraan sahaja.
Pekerja Tempatan
– RM 250-500 sebulan mengikut sektor inisetif bagi mengupah rakyat Malaysia untuk mengantikan pekerja asing selama 2 tahun
– Peruntukan sebanyak RM250 sebulan untuk majikan menyewa selama 2 tahun.
– Gaji minimum dinaikan kepada RM1200 di seluruh bandar utama dan RM1100 luar bandar.
– Peruntukan RM138 juta untuk Pembangunan Belia terutama inisetif sukarelawan ( YPC, MFLS)
Wanita Kerja
– Wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih serta berumur antara 30-50 tahun.
– RM500 sebulan selama 2 tahun sebagai insentif serta cukai dilanjutkan selama 4 tahun
– RM 300 sebulan bagi majikan yang mengambil pekerja wanita akan diberikan insentif selama 2 tahun.
TVET (Technical and Vocational Education and Training)
– Peningkatan peruntukan dari RM5.7 billion kepada RM5.9 billion
– Institusi Latihan Kemahiran Awam ( IKLA)
– Sebanyak RM20 juta dana geran padanan bagi menyokong kursus TVET dengan kerjasama pelbagai industri.
– Mempelbagaikan Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bagi menawarkan kursus ijazah buat pelatih yang telah menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional
– RM30 juta diperuntukan oleh kerajaan untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah yang berpendapatan rendah.
Sukan
– RM179 juta untuk Sukan Olimpik Tokyo / Hanoi SEA
– Rm20 juta peningkatan untuk eSport / eSukan
– RM10 juta bagi atlet wanita
– RM299 juta untuk menaik taraf dan membina kemudahan sukan
Sementara itu, bajet sebanyak RM45 juta telah diperuntukkan untuk program pembangunan bola sepak negara Harimau Malaya.
E- Sukan
– Peruntukan Meningkat Sebanyak RM20 Juta
Untuk Belanjawan 2020 ini, dapat dilihat lebih banyak peruntukan dinaikkan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Ternyata banyak strategi dibuat oleh kerajaan yang disediakan untuk rakyat.
Semoga segala perancangan berjalan lancar dan semua rakyat dapat nikmati belanjawan ini dengan optimum untuk lebih berjaya dan maju.