Bekas pengarah kolej didakwa salah guna elaun pelajar

Seorang bekas pengarah kolej telah didakwa atas tuduhan salah guna wang peruntukan untuk pelajar kolejnya. Tertuduh bernama Zunaidah Abdul Razak tak mengaku salah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan salah guna wang berkenaan.

Zunaidah yang berumur 56 tahun membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun selepas pertuduhan salah guna peruntukan elaun pelajar dan pentadbiran pejabat, empat tahun lalu dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai Pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Pontian dengan curang menyalahgunakan bagi kegunaan sendiri wang berjumlah RM11,315 wang peruntukan elaun pelajar dan pelbagai belanja pentadbiran pejabat.

Kesalahan berkenaan dikatakan dibuat di CIMB Bank Berhad Pontian Kechil, 742 Wisma Koperasi, Jalan Taib, Pontian Kechil, Pontian pada 27 Mei 2014.

Wanit berkenaan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun berserta sebatan dan boleh dikenakan denda.

Pihak mahkamah telah menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 kepada tertuduh dan tarikh 22 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Syarina Raizan manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here