Beg Ayah Dijumpai, Anak Mangsa Tragedi Lion Air Terhempas Kongsi Detik Terakhir Bersama Ayah

Sehingga ketika ini, sudah 7 mayat disyaki mangsa nahas pesawat tambang murah Lion Air yang terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara sudah dijumpai.

Paling menyedihkan apabila ada kenalan terdekat dan juga ahli keluarga mula berkongsi kisah saat-saat terakhir mereka bersama mangsa sehingga menyebabkan rasa sebak kepada orang ramai.

Terbaru, menerusi instagram Samanthadww, dia meluahkan rasa sebak apabila casing telefon serta beg tangan hitam milik ayahnya ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat Indonesia di kawasan kemalangan.

Ini tulisnya:

“Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah”

Menurut Samantha, foto itu keluarga itu diambil 12 hari sebelum kemalangan pesawat iaitu pada 16 Oktober 2018. Kali terakhir dia berkomunikasi dengan ayahnya adalah pada pagi hari kejadian sebelum pesawat berlepas.

Di dalam beg hitam itu, ada telefon yang dalam keadaan rosak akibat terbakar bersama barang yang lain. Difahamkan, foto yang terselit di belakang casing telefon itu merupakan foto bersama isterinya.

Menurut Samantha lagi, sehingga kini dia tidak mendapat maklumat terkini mengenai keadaan ayahnya.

Sementara itu, ramai yang memebri komen agar keluarga nya untuk terus bersabar dengan berita ini. Ramai mengucapkan ucapan takziah.

Semoga semua keluarga mangsa yang terlibat kuatkan hati, tabah dan teruskan berdoa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here