Bayi Dilahirkan Dengan Hidung Mirip Babi

Kelahiran cahaya mata sudah semestinya detik yang paling dinanti-nantikan oleh semua pasangan yang berkahwin dan tidak sabar untuk menjadi ibu dan bapa.

Namun, tidak semua apa yang kita harapkan akan menjadi pengalaman yang manis terutamanya jika melibatkan anak sendiri.

Tular di media sosial tentang satu rakaman video yang menunjukan seorang bayi perempuan telah dilahirkan dengan muka yang amat luar biasa yang menjadi bualan hangat di internet.

Menerusi rakaman video klip itu, bayi perempuan itu seolah-olah mempunyai hidung mirip seperti muncung babi, telinga yang terbentuk di bahagian lehernya serta mulutnya juga hampir tidak kelihatan.

Menurut laporan, bayi perempuan malang itu juga tidak mempunyai rahang. Bayi malang itu dilaporkan telah dilahirkan oleh ibunya dia sebuah klinik swasta di Baku daerah Azerbaijan.

Menurut doktor yang merawat bayi perempuan tersebut, meskipun dia mempunyai wajah hidung seperti muncung babi namum kesemua organ dalamannya berfungsi dengan baik.

Justeru ia merupakan bayi perempuan yang dilahirkan dengan sihat cuma masalahnya ialah keadaan fizikal bentuk wajahnya sahaja yang kelihatan aneh.

Menurut Ketua Obstetrik dan Ginekologi Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova menjelaskan bahawa ibu kepada bayi perempuan itu wajib dibagi tahu mengenai perkembangan anak ketika pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kandunganya.

Ini kerana ia adalah hak seorang wanita dan ibu dapat membuat pilihan yang terbaik sama ada ibu tersebut mahu menamatkan kehamilan atau pun meneruskan kandungan jika insiden tersebut terjadi.

Komen dari Ketua  Obstetrik dan Ginekologi Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova lagi:

“Gagal mengenalpasti kecacatan seperti itu adalah jenayah. Keluarganya boleh membuat laporan terhadap pakar ginekologi dan ultrabunyi,” 

Menurutnya lagi ibu bayi tersebut boleh melaporkan tentang insiden tersebut kerana ia adalah sebagai jenayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here