Baru Sebulan Nikah, Pasangan Pengantin Baru Temui Ajal Bersama, Ini Pesanan Terakhir Mereka

Ajal maut memang ketentuan dari Tuhan. Ianya tidak akan datang sesaat cepat ataupun lambat, kerana ianya telah tertulis untuk kita sejak kita di alam roh lagi.

Ini merupakan kisah tragis yang melanda kepada pasangan pengantin baru dan ianya agak menyedihkan juga.

Sepasang suami isteri hanya sempat menikmati hidup berumah tangga untuk sebulan setelah keua mereka maut dalam satu kemalangan awal pagi tadi.

Pasangan pengantin baru itu, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi dan Nur Diana Afifah Hasnulhady terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 pagi semalam di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin.

Turut kehilangan nyawa pada pada hari berkenaan adalah sepupu mereka, Yasmin Afiqah Hazemi, serta adiknya, Yasmin Aliah. Mereka juga menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Bapa Mohamad Syahmi Emir iaitu Mohd Rawi Manab, berkata, pasangan itu disatukan pada 8 November lalu dan kebetulan kemalangan maut itu berlaku ketika genap sebulan mereka bernikah. Memang sedih sangat. Ini komen bapa mangsa:

“Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya berusia 20 tahun di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.

“Bagaimanapun, ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.

“Masa kejadian, anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain.

Tambah Mohd Rawi, Mohd Syahmi dalam perjalanan menghantar barang kepada adiknya di Politeknik Muadzam Shah.

“Mereka berdua sebenarnya baru lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.

“Bagaimanapun, ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.

“Masa kejadian, anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain.

Dalam pada itu, kakak Nur Diana Afifah, Nur Nadira Aifa, berkata adiknya sempat berpesan supaya memadamkan Facebook jika apa-apa berlaku kepada dirinya.

“Namun, kami sekeluarga tidak mensyaki apa-apa tetapi saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepadanya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini.

Semua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Seri Pantai, Mersing dalam satu liang lahad petang tadi.

Takziah buat keluarga mangsa. Sama-sama kita doakan buat mereka.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here