Baru berumur 29 tahun, Chef Adamdidam disahkan meninggal dunia.. Ini puncanya

Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Adamdidam telah disahkan meninggal dunia pada usia 29 tahun.

Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran menerusi laman Instagram pada pagi Ahad.

Ini tulis Natasha:

“Sepupu kesayangan saya meninggal dunia pada pagi ini. Allahuakbar.

“Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin,”

Selain itu, selebriti dan pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Adam turut memuat naik semula posting tersebut di Instastory beliau dan berkongsi gambar mereka ketika kanak-kanak.

Ini perkongsian dari Neelofa:

Dalam pada itu, seorang sepupu lelaki Adam yang enggan dikenali berkata, chef tersebut meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi akibat jangkitan paru-paru.

Ini komennya:

“Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.

“Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay,”

Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot.

Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Terdahulu, Chef Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting di Instagram.

Malah Neelofa sendiri ada memuatnaik satu posting di Ig story meminta orang ramai mendoakan kesihatan chef Adamdidam pada awal bulan lalu.

Untuk pengetahuan, Chef Adamdidam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here