Sebelum ini, 3 filem tempatan iaitu Hantu Kak Limah, Munafik 2 dan Paskal telah berjaya mencatatkan kutipan yang amat membanggakan dan kali ini giliran Polis Evo 2 pula.
Polis Evo 2, filem berkisarkan polis telah mencatatkan sejarah baru buat industri perfileman dan terus mencatatkan rekod yang membanggakan apabila sudah mengutip RM17 juta hanya dalam tempoh 11 hari tayangan sahaja.
Berita yang amat menggembirakan itu turut dikongsikan oleh pelakon utama filem berkenaan, Shaheizy Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Ini komennya:
“Alhamdulillah hasil sokongan anda semua, Polis Evo 2 meraih kutipan RM17 juta dalam tempoh 11 hari tayangan. Jom kita buktikan yang filem tempatan juga mampu bersaing dengan filem antarabangsa.
“Terima kasih boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan dan semarakkan semangat Polis Evo 2”
Polis Evo 2 yang diarahkan Joel Soh dan Andre Chiew ini telah ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Malah filem ini juga memasuki pasaran Singapura dan dijangka menembusi panggung Indonesia apatahi turut dilakonkan pelakon negera seberang.
Filem ini menyaksikan gandingan kali kedua Sam bersama Zizan Razak dalam filem Polis Evo dan untuk filem kedua ini ianya turut dijayakan oleh pelakon dari Malaysia dan Indonesia seperti Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira, Raline Shah dan ramai lagi.
Sudah mula ditayangkan sejak 22 November lalu, ia mengisahkan kisah Inspektor Sani (lakonan Zizan Razak) dan Khai (Shaheizy Sam) kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur.
Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh individu bernama Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut.
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang kisah filem ini, jom kita tonton Polis Evo 2 di panggung wayang berdekatan. Macam best je!!