Bantuan Khas RM150 ‘ONE OFF’ dan Barangan Keperluan Asas DiAgihkan Esok Kepada Rakyat Pahang

Esok seramai 17,935 penduduk memerlukan di Pahang bakal menerima bantuan khas RM150 ‘one off’ dan barang keperluan asas daripada kerajaan Pahang.

Peruntukan sebanyak RM1.3 juta akan disalurkan kepada 6,238 peniaga kecil dan penjaja. Menurut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, langkah ini dibuat bagi meringan beban rakyat dan juga peniaga yang terkesan dengan penularan wabak covid19.

Barang barang keperluan ini akan terus diagihkan kepada rumah mereka tanpa perlu hadir ke pejabat. Manakala untuk peniaga dan penjaja pula, potongan sebanyak 50% untuk bayaran sewa gerai dan  lain-lain kemudahan PBT.

“Potongan ini termasuk bayaran permit pasar tani, pasar pagi, pasar malam dan jualan but kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah peruntukan sebanyak  RM765,800 disediakan bagi menampung kos penyediaan makanan untuk menghargai jasa dan pengorbanan petugas di bilik gerakan operasi, anggota keselamatan dan barisan hadapan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here