Pelakon yang juga pengacara program rancangan Melodi iaitu Janna Nick telah menajdi buah mulut orang ramai dan para netizen hari ini apabila ada memuat naik sekeping gambar yang agak menarik perhatian ramai,
Foto berkenaan menyaksikan pemilik lagu ‘Akan Bercinta’ itu sedang melakukan sukan ekstrem, iaitu wall climbing.
Janna Nick dilihat telah memakai jersi berwarna jingga dan dan seluar ketat atau legging dan sempat posing di wall climbing itu.
Ini captionnya
“I kat atas you kat bawah buat apa?” tulis Janna.
Lantas, gambar tersebut telah meraih perhatian ramai termasuk pelakon dan pelawak popular Zizan Razak.
Malah, ada juga netizen dan rakan artis yang turut memberikan komen nakal terhadap foto Janna Nick itu.
Bagaimanapun, lumrah hidup sebagai selebriti popular pasti apa yang beliau lakukan akan menjadi perhatian ramai. Terbaru, Janna menerima pelbagai kecaman gara-gara memuat naik foto dalam posisi yang agak kurang manis dipandang.
Ada yang meminta Janna Nick agar memadam gambar berkenaan kerana posisi bentuk badannya yang tak manis dipandang.
Ini antara komen netizen:
Pelakon berumur 23 tahun dari Sungai Petani Kedah ini sebelum ini pernah ditegur netizen memakai seluar terlalu ketat dan tak sesuai dengannya ketika menjadi pengacara.
Janna Nick popular melalui drama bersiri seperti Jodoh Musim 1 dan musim 2, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Suami Tanpa Cinta dan My Coffee Prince.
Sumber: Ig Janna Nick