Bahaya Letak Ubat Gigi Pada Tempat Melecur

0
874

Telampau ramai dalam masyarakat kita yang melakukan tindakan pertama (first aid) dengan menggunakan bahan makanan seperti meletakkan madu, gamat, ubat gigi, mentega, kicap dan telur bagi merawat kecederaan semasa melecur atau tercedera terkena api mahupun renjatan elektrik.

Menurut Pakar Bedah Plastik dan Koordinator Unit Rawatan Kebakaran (URK) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar, tindakan tersebut adalah salah kerana bahan tersebut sama sekali tidak bermanfaat malah boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Ini komen dari pakar bedah plastik lagi:

“Cara rawatan ini perlu dihentikan segera, memandangkan stereotaip dalam kalangan awam menggunakan bahan makanan masih berterusan, sedangkan ada teknik yang mudah yang boleh diikuti bagi mengelak risiko lebih tinggi.

“Pertolongan pertama mengenai teknik yang betul perlu dilakukan orang awam apabila terdapat kecederaan akibat terkena air panas atau api ialah menghentikan sumber api, menjauhkan diri daripada api dan mengalirkan air paip ke bahagian anggota yang cedera selama 20 minit atau lebih bagi mengelak kesakitan serta keradangan,”

“Kebakaran teruk biasanya membabitkan kemalangan di rumah, kebakaran kereta, renjatan elektrik dan asid yang menyebabkan kecederaan parah serta pesakit perlu mendapatkan rawatan intensif lebih tiga atau empat bulan.

“Berdasarkan data tahun lalu, HUSM menerima 59 kes kecederaan parah dan perlu dirawat iaitu bahagian melecur perlu dicuci selepas pembedahan, manakala 814 kes membabitkan pesakit luar iaitu mereka mengalami kecederaan tidak parah,”

“Kami juga mengadakan kempen kesedaran dengan memberi maklumat kebakaran dan teknik rawatan menerusi bentuk e-Flyers, yang dihantar melalui emel kepada pengunjung, selain mengadakan kuiz putar roda dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,”

Menurut Dr Siti Fatimah lagi, langkah awal adalah dengan mengalirkan air pada bahagian melecur, dan seterusnya meletakkan plastik pembungkus di bahagian luka atau cedera dan terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here