Bagaimana Ifan Seventeen Terselamat Dari Tsunami, Akhirnya Penyanyi Ini Bercerita Tentangnya…

0
82837

Tsunami yang melanda kawasan Indonesia iaitu Selat Sunda pada malam Sabtu lalu telah mengorbankan banyak nyawa.

Ini termasuk tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten.

Namun begitu, penyanyi utama kumpulan Seventeen iaitu Ifan telah terselamat dalam bencana alam itu.

Tetapi lebih menyedihkan buat Ifan, isterinya yang juga seorang pelakon iaitu Dylan Sahara ditemui turut meninggal dunia.

Hari ini, penyanyi ini akhirnya menceritakan detik cemas ketika dilanda tsunami dan bagaimana dia boleh terselamat.

Ifan memberitahu ombak yang tiba-tiba menghempas ketika mereka sedang menyampaikan lagu kedua menyebabkan dia dan rakan-rakan serta pengunjung ditarik ke laut dalam gelombang besar itu.

Ini komen Ifan:

DIBAWA ARUS KE LAUT

“Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, kedudukan pentas membelakangi pantai dan kami kurang mendengar bunyi air kerana mungkin bunyi muzik kuat.

“Saya sendiri terlempar ke tengah laut dan saya dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 mayat.

TERAPUNG DILAUT, PAUT PADA KOTAK

“Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tapi yang pasti selama dua jam saya terapung-apung di laut namun akhrinya berjaya mengapai sebuah kotak untuk berpaut,”

Tambah Ifan lagi, untuk menyelamatkan diri, dia berusaha keras menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai yang sedang panik sehingga lah dia berjaya naik ke darat.

SUASANA JADI SUNYI

“Saya berusaha lari daripada kerumunan dan selang beberapa minit suasana menjadi sepi… Ternyata mangsa lain sudah meninggal dunia.

“Saya sendiri selamat Alhamdulillah, cuma luka-luka,”

Ifan dan kumpulannya menjadi artis yang membuat persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten yang dihadiri kira-kira 260 tetamu.

Kata Ifan lagi, kira-kira 70 peratus tetamu dibawa oleh arus tasunami ke daratan dan semuanya selamat.

Manakala, dia bersama 30 peratus tetamu yang lain termasuk ahli kumpulan Seventeen yang lain dihanyutkan ke laut dan sebahagian besarnya meninggal dunia.

Ketika berjaya sampai ke daratan dia terus mencari isteri serta anggota Seveneteen namun terkejut apabila menemui mayat pemain bass, M Awal Purbani atau Bani, dan pengurus mereka, Oki Wijaya.

Pada malam Isnin pula, selepas dua hari mencari, Ifan mengesahkan isterinya yang hilang dalam kejadian itu meninggal dunia.

Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain dram Seventeen iaitu Andi turut terkorban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia.

Sumber: TV ONE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here