“Baby tak aktif bukan sebab saya, dia stress kerana dikecam netizen” – PU Abu

Cerita tentang kisah rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan terus mendapat perhatian orang ramai terutamanya yang bekas isterinya, Ain Afini.

Terbaru PU Abu Sufyan melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang mendakwa dia menjadi punca anak dalam kandungan Ain Afini terjejas.

Untuk makluman, anak yang dikandung khabarnya berada dalam keadaan yang tak aktif.

AIN STRESS KECAMAN NETIZEN

Ini komen PU Abu tentang hal ini:

“Saya direct PM (private message) dengan Ain dan dia sebut baby tak aktif bukan disebabkan saya, sebaliknya dia stress kerana kecaman dan kritikan daripada netizen sendiri. Keluarga Ain juga memaklumkan dia perlukan rehat dan tak boleh stress.

“Sebenarnya insiden bayi tak bergerak itu berlaku dua hari sebelum kami naik ke mahkamah.

“Baby tak aktif itu perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu-ibu hamil. Cuma apa yang berlaku bukanlah disebabkan saya ‘bantai’ dia untuk naik court. Sebaliknya kecaman netizen terhadap dia,”

Minggu lalu PU Abu dan Ain Afini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Klang pada 15 Mei lalu bagi menyelesaikan urusan penceraiaan mereka.

Sebelum ini media melaporkan kenyataan Ain Afini yang meluahkan rasa sedih selepas doktor memaklumkan bahawa anak dalam kandungannya kurang aktif.

Proses penceraian antara Ain ‘Afini dan PU Abu dipercayai menjadi punca wanita itu mengalami tekanan.

HUBUNGAN KELUARGA TERJEJAS, DISISIH RAKAN

Selain itu, pendakwah berusia 25 ini berkata kontroversi yang berlaku turut menjejaskan hubungan keluarga selain membuatkan dirinya disisih teman rapat.

Bagaimanapun PU Abu tidak menyalah individu-individu berkenaan sebaliknya menganggap ia perkara yang mematangkan dirinya.

Ini jelasnya:

“Kalau dah namanya manusia, mereka ada pandangan berbeza. Ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif.

“Saya tiada masalah dengan kawan-kawan dan saya tak salahkan mereka pun. Saya faham mereka bertindak berdasarkan apa yang mereka dengar dan nampak. Saya anggap segala kritikan dan kecaman yang mereka berikan sebagai nasihat untuk saya menjadi orang yang lebih baik.

“Dalam hidup ini saya belajar saya benda iaitu apabila membuat keputusan harus memberikan kepentingan kepada orang lain. Maknanya sebelum saya buat apa-apa saya kena fikir family saya macam mana, kawan-kawan dan orang sekeliling macam mana,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here