Babak Mesra Tiada Dalam Skrip

Kecoh d imedia sosial semalam apabila tiga keping adegan mesra yang menunjukan pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa tersebar. Aksi terlajak mesra itu didakwa ia adalah sebahagian dari babak lakonan drama Setelah Ku Miliki.

Namun, pengarah drama tersebut telah memberikan respon yang mengejutkan tentang foto yang tersebar itu. Komen Osman Ali lagi:

“SAYA sangat terkejut dengan penularan gambar berkenaan,”

Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman”.

“Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama”.

“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,”

“Saya ‘shoot’ dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa ‘shoot’ versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik”.

“Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan”.

“Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan,”

Pengarah tersebut turut menafikan dakwaan gambar itu merupakan babak mahupun gimik bagi menaikkan ‘rating’ drama terbabit.

Drama Setelah Ku Dimiliki yang mempunyai 28 episod itu kini sedanag ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.

Pihak akhbar dikatakan sedang mendapatkan penjelasan daripada Intan Najuwa tentang gambar aksi terlajak mesra dia bersama hero terbabit namun tiada sebarang respon yang diberikan.

Sebagai rekod, Intan Najuwa sudah pun mengikat tali pertunangan bersama seorang ahli perniagaan baru-baru ini yang diadakan di Johor Baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here