Azlan Typewriter sengaja manipulasi wanita seksi jual produknya.. tak kisah dikecam

Azlan Typewriter yang juag bekas penyanyi kumpulan Meet Uncle Hussien jadi tumpuan ekoran pelancaran video promosi produk keluarannya.

Penyanyi ini akui dengan sengaja menggunakan khidmat wanita seksi dalam klip video lagu iklan produk minumannya Turbo 3 yang dilancarkan pada hari Rabu yang lalu.

Azlan turut berkata, perkara itu adalah strategi pemasaran biasa yang sering digunakan oleh produk-produk terutamanya di luar negara.

Ini komen penyanyi berumur 37 tahun ini:

“Kalau kita tengok produk luar memang guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran. Kalau saya seksi siapa nak tengok.

“Kalau orang kata saya manipulasi wanita saya tidak kisah sebab orang boleh cakap apa sahaja yang mereka suka,”

Azlan Typewriter berkata sedemikian ketika ditemui pada pelancaran lagu Kukuh dan produk minuman tenaga Turbo 3 yang diadakan di Wow KL, Rabu.

Di majlis pelancaran berkenaan, hadirin telah ditayangkan muzik video lagu iklan Turbo 3 yang memaparkan sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian seksi menari sambil mempromosikan air minuman tersebut.

Lagu tersebut dinyanyikan oleh Azlan sendiri.

Sementara itu, Azlan berkata, lagu iklan tersebut hanya untuk siaran di laman Youtube sahaja.

Ini video berkenaan:

Bercerita tentang produk berkenaan, Azlan yang baru menceburi bidang perniagaan mengakui memperoleh idea mengeluarkan air minuman tenaga kerana kurangnya pesaing tempatan.

Ini katanya lagi:

“Saya sentiasa berfikir nak keluarkan produk apa sebab sudah banyak produk di pasaran. Selepas itu saya sedar air tenaga masih kurang dan mula melakukan penyelidikan tentang minuman itu,”

Sumber: mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here