Pelakon cantik jelita Uqasha Senrose meluahkan rasa seram setelah menerima mesej daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin yang ingin mengenali dirinya secara dekat.
Uqasha Senrose yang kini berusia 26 tahun, memuatnaik foto mesej dari lelaki berkenaan menerusi sebuah entri di Insta Stories akaun Instagram miliknya.
Jelas Uqasha Senrose lagi, lelaki itu memberitahu dirinya sering hadir ke dalam mimpinya namun bukan sebagai perkara yang tidak baik. Malah pada masa sama, lelaki berkenaan turut secara terbuka mengakui dan berterus-terang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak agar tidak berlaku salah faham.
Melalui naluri hatinya, lelaki berkenaan bertindak berterus terang dengan memberitahu dia ingin berkenalan tanpa niat tersembunyi ataupun ingin berkahwin sekali lagi.
Lelaki itu juga akui dia mempunyai perasaan sayang terhadap Uqasha namun niatnya hanya untuk berkenalan sahaja.
Ini antara ayat lelai berkenaan:
“Saya ingin berkenalan tanpa niat tersembunyi ataupun ingin berkahwin sekali lagi.
“Saya juga mengaku mempunyai perasaan sayang terhadap awak namun niatnya hanya untuk berkenalan sahaja”
Uqasha Senrose yang merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose berkongsi kisah berkenaan dan menulis perkataan scary.
Ini fotonya:
Para netizen di luar sana telah mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana sudah berkahwin tetapi berperangai gatal. Ada yang menyeru lelaki berkenaan supaya menyayangi isterinya sahaja dan jangan sibuk mesej perempuan lain apatah lagi artis.