Ayda Jebat respon dakwaan krisis antara Janna Nick dan Sheila Rusly

Menerusi satu temubual, Ayda Jebat berkata mungkin ada perselisihan faham yang terjadi antara rakan pelakon Janna Nick dan juga Sheila Rusly.

Akan tetapi, Ayda menjelaskan di tidak tahu apakah sebenarnya yang terjadi di antara pelakon dan pengarah terkenal itu.

Ayda berkata demikian selepas ditanya media mengenai apakah pandangannya terhadap krisis yang dikatakan berlaku di antara kedua-dua pelakon utama drama bersiri, Leftanan Zana itu.

Apabila ditanya sama ada dia mengambil berat terhadap perkara tersebut, penyanyi lagu Siapa Diriku, Nakal Nakal, Pencuri Hati, Temberang dan Pinjamkan Hatiku itu menegaskan, dia mengambil pendirian untuk tidak masuk campur.

Ini komen Ayda Jebat tentang hal ini:

“Mungkin ada perselisihan faham yang berlaku. Kita pun tidak tahu. Bagi saya, harap mereka akan kembali seperti dulu kalau benar seperti yang diperkatakan media sosial,”

“Tak perlulah. Lebih baik saya berdiam diri. Bagi saya contohnya kalau ada yang mahu bersembang mengenainya lebih baik saya ambil langkah untuk tidak mendengar,”

Selain itu, kini Ayda Jebat merupakan antara wajah produk kosmetik Anas.

Ayda telah dilantik sebagai antara wajah wakilan produk berkenaan, penyanyi dan pelakon ini turut merakamkan rasa teruja dan gembira memandangkan jenama tersebut merupakan hasil usaha rakan baik yang dikenali lebih lapan tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Ayda turut merancang untuk melancarkan single terkininya, dalam masa terdekat ini.

“Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan saya bersama komposer indonesia, Irwan Simanjuntak. Sebuah lagu balada yang harapnya, ia juga bakal mendapat maklum balas yang baik sebagaimana lagu-lagu nyanyian saya yang lain.

“Malah, saya juga dalam proses dalam menyiapkan album penuh yang bakal mengandungi 10 buah lagu,”

Semoga maju jaya buat Ayda Jebat dalam bidang seninya.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here