Pelakon sedang meningkat naik iaitu Aprena Manrose tampil meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen dari para followernya. Ini kerana ada komen segelintir pihak yang suka melibatkan bapanya, Iwan dalam setiap perkara yang dia lakukan.
Contohnya jika ada yang mengecamnya memakai baju ketat dan juga sendat. Katanya, segala benda yang dia lakukan adalah kehendaknya sendiri dan tak ada kena mengena dengan bapanya yang dulu terkenal sebagai Iwan Raja Dangdut.
Ini jelas Aprena Manrose:
“Saya paling pantang kalau orang melibatkan bapa saya. Kalau saya terima komen macam tu saya akan terus buang.
“Mereka kata saya tak malu ke buat macam-macam hal dan tak fikir pasal bapa saya. Tapi bagi saya segala perkara yang saya lakukan adalah kehendak saya sendiri”
Kemudian apabila ditanya tentang isu gambar yang dikatakan kurang sopan, ini jawapan pelakon ini:
“Saya akui baju tersebut sedikit ketat tapi bagi saya, ianya masih menutup aurat.
“Saya terima teguran tersebut tapi yang menjadi persoalan mengapa gambar tersebut juga yang jadi perhatian. Walhal ada lagi yang lebih teruk berbanding saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati”
Kini, Aprena Manrose kini sedang dalam persiapan untuk melakonkan filem seram pertamanya yang bertajuk Jangan Biar Dia Masuk. Filem ini akan memulakan menjalani pengambarannya pada bulan Disember nanti.