“Ayah.. ayah.. mana ayah” – Tangisan Anak Kecil Anggota Bomba Cetus Suasana Sayu

Memang sayu dan pilu, itulah yang boleh digambarkan, namun ianya tak dapat membayangkan perasaan seorang anak kecil mencari bapanya yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Kejadian berlaku di perkarangan kediaman keluarga arwah anggota bomba, Adnan Othman di Lukut apabila anak sulung ini memanggil dan mencari ayahnya. Suasana itu terus menambahkan kesedihan orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir buat arwah angota bomba terbabit.

Hadirin yang berada di sana turut tidak dapat menahan air mata mendengar rintihan anak sulung Adnan, Aisyah Damira yang kini berusia 5 tahun ketika memanggil ayahnya apatah lagi anak kecil ini amat rapat dengan ayahnya itu.

Aisyah yang tak henti-henti menangis teresak, akhirnya ditenangkan bapa saudaranya, Ahmad Shahir Salleh yang merupakan adik ipar Allahyarham. Ahmad Shahir berkata, anak sulung daripada dua beradik itu amat rapat dengan bapanya dan sangat terkesan dengan tragedi terbabit.

Ahmad Shahir Salleh diberitahu tentang insiden itu selepas mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang juga isteri Allahyarham, Shahmiza kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Shahir telah hilang kata kata kerana terkejut dengan berita itu dan kini memikirkan nasib anak kecil itu.

Kemudian, suasana bertambah hiba menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Makan Raja Jumaat apabila Aisyah asyik bertanyakan di mana kubur ayahnya. Ketika duduk di pangkuan ibunya Nor Shahmiza Salleh, Aisyah berkali-kali bertanyakan kubur ayahnya.

Mendengar pertanyaan Aisyah itu menyebabkan orang ramai berasa sayu hingga mengalirkan air mata.

Untuk pengetahuan, arwah Adnan Othman merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pasukan Bomba dan Penyelamat yang terkorban bersama lima lagi anggota bomba dalam satu operasi menyelamatkan seorang remaja yang dilaporkan tergelincir dan terjatuh ketika memancing di lombong di Puchong jam 9.15 malam tadi.

Sumber: Berita Harian / Malaysia Gazzete

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here