“Awi jaga saya dengan baik.. Namun, lebih menyedihkan apabila..” – Luahan perasaan Atikah Suhaime

Atikah Suhaime dan Awi Rafael kini mengesahkan bahawa mereka berdua tak jadi kahwin yang mana pasangan ini patutnya disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini (esok, 17 Mac).

Pelbagai spekulasi telah timbul setelah berita ini disahkan, ada yang menyokong Atikah dan ada juga yang menyokong Awi Rafael.

Isu tak jadi kahwin ini telah menimbulkan sedikit kontroversi setelah Awi mengeluarkan satu video di laman IG miliknya, yang mana Awi mengatakan dia dan keluarga tarik diri dari perkahwinan berkenaan dan ramai menganggap bahawa Awi yang membatalkan perkahwinan itu.

Namun, tak lama kemudian, ayah kepada Atikah Suhaime telah tampil membetulkan kenyataan Awi itu dan berkata bahawa ayah Atikah yang membatalkan perkahwinan berkenaan.

Dek kerana itu, ada mula yang menghentam Awi. Akan tetapi, melalui satu video, Atikah Suhaimi dilihat telah meluahkan rasa hatinya dan meminta supaya orang ramai menghentikan kecaman terhadap bekas tunangnya itu.

Atikah muat naik video di laman Instagram miilknya dan mendedahkan, sepanjang tempoh pertunangan, Awi Rafael menjaganya dengan baik.

Ini videonya:

Luahan Atikah Suhaime isu putus tunang dengan Awi Rafael

Luahan Atikah Suhaime isu putus tunang dengan Awi Rafael

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Friday, 15 March 2019

Ini antara intipati video berkenaan:

“Terima kasih atas sokongan dan doa anda yang membuatkan saya menjadi lebih kuat. Tentunya saya bersedih dengan apa yang berlaku. Namun, lebih menyedihkan apabila ramai yang mengecam dia (Awi).

“Anda tidak mengenalinya seperti saya mengenalinya. Dia menjaga saya dengan baik sebagai tunang, dia menjaga keluarga dan juga nama saya.

“Saya juga tak salahkan bapa saya yang bertindak begitu. Saya percaya, dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya dan saya berterima kasih kepadanya,”

“Tiada sesiapa yang patut dipersalahkan. Hentikan semua kebencian. Ini adalah takdir dan kami kami terima yang kami tidak ditakdirkan untuk bersama,”

“Teruskan untuk sebarkan rasa cinta dan karya muzik yang bagus. Saya sayangkan kalian. Terima kasih,”

Apapun, memang bagus Atikah Suhaime punya luahan hati menerusi video ini. Tidak menyalahkan mana pihak dan bersikap positif walaupun bersedih hati.

Semoga kedua mereka dapat menemui kebahagiaan yang dicari kelak.

Sumber; Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here