“Awak jangan cakap banyak dengan saya, pengsan nanti” – Zizie Ezette ditahan SPRM, ini respon ibunya

Khaty Fauziah ternyata amat terkejut dengan berita penahanan anaknya, Datin Seri Zizie Ezette oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Namun begitu, Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa berkata, dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa mengenai perkara berkenaan.

Ini komen ibu Zizie Izette dan juga Shaheizy Sam:

“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu kerana ketika ini saya berada di Melaka. Zizie atau Sam juga tidak maklumkan apa-apa kepada saya.

“Mereka tahu saya ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, jadi mereka tak akan buat saya susah hati.

“Awak juga jangan cakap banyak dengan saya, tak fasal saya pengsan nanti,”

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan tentang penahanan Zizie Ezette dan juga suaminya yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Pasangan suami isteri itu ditahan pada pagi Rabu untuk membantu siasatan tentang kes rasuah melibatkan nilai sekitar RM3 juta.

Mereka berdua bagaimanapun telah dibebaskan selepas memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selama hampir lapan jam.

Zizie dan suami dijangka akan didakwa pada Jumaat.

Diimbas kembali, Zizie Ezette telah berkahwin dengan Bung Mokhtar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.

Untuk rekod, Zizie merupakan isteri kedua kepada Bung Mokhtar.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here