Atas nasihat keluarga.. AKHIRNYA Nelydia Senrose tarik diri dalam drama ‘Nur 2’.. Apa Kes??

Drama bersiri popu;ar iaitu Nur akan ada sekuel dan dijangka menjalani penggambaran pada awal Januari ini.

Akan tetapi, nampaknya drama ini sudah mempunyai isu tersednri apabila salah seorang pelakonnya, Nelydia Senrose menarik diri pada saat-saat akhir.

Pengarah drama Nur, Shahrul Ezad memberitahu Nelydia Senrose sepatutnya memegang watak sebagai Juita dalam drama itu tetapi telah membuat keputusan untuk tarik diri selepas berbincang dengan keluarganya dan mereka tidak bersetuju dia membawa peranan itu yang berat.

Keputusan dibuat oleh Nelydia ketika dia mengerjakan ibadah Umrah di kota suci Makkah.

Ini jelas Shahrul Ezad:

“Secara rasminya saya nak umumkan yang Nelydia Senrose tak jadi menyertai barisan pelakon Nur 2 disebabkan sebab peribadi yang saya hormat.

“Mungkin watak itu terlalu ‘daring’ untuk dia yang sedang mengerjakan Umrah sekarang,”

Shahrul Ezad turut memuat naik perbualannya dengan Nelydia mengenai penarikan dirinya dalam projek itu.

Drama Nur 2 bakal menyaksikan pembabitan pelakon terkenal seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Rina Diana, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Laila Nasir, Norkhiriah dan Azhan Rani.

Nur 2 dijangka akan ditayangkan di TV3 pada pertengahan bulan Mac depan.

Dalam pada itu, Shahrul Ezad berkata lagi sebagai pengarah, dia kini amat serabut untuk fikirkan pengganti Nelydia untuk watak Juita memandangkan keputusan pelakon berkenaan untuk menarik diri dibuat pada saat-saat akhir.

Pun begitu kata Shahrul, dia tidak menyalahkan Nelydia malah memahami keputusan aktres itu.

Ini jelas Shahrul Ezad:

“Apa-apa pun kepada Nelydia, jangan bimbang. Abam faham dik. Semoga awak dikurniakan Umrah yang mabrur ya. Amin, Insya-Allah,”

Sementara itu, dalam ruang komen status berkenaan, pengikutnya mencadangkan beberapa nama untuk watak Juita seperti Wan Sharmilla, Izara Aishah, Fasha Sandha, Ayda Jebat dan Siti Saleha sebagai pengganti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here