Penyanyi remaja yang sedang popular di Malaysia iaitu As’ad Motawh sekali lagi melalui detik yang mengejutkan apabila ditarik peminat wanita hingga terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.
Insiden berkenaan telah dikongsi oleh penyanyi berkenaan menerusi satu posting di laman media sosial Instagram miliknya.
Ketika kejadian itu berlaku, As’ad Motawh dilihat mahu bersalaman dengan peminat wanita yang berada di bawah pentas. Akan tetapi peminat tidak mahu melepasan tangannya dan terus menarik penyanyi remaja itu.
Akibatnya, As’ad Motawh telah jatuh ke atas para peminat berkenaan dan pihak keselamatan dilihat terpaksa bertindak menyelamatkannya.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama As’ad Motawh terpalit kontroversi sebegini terutamanya ketika menyanyi dan menghiburkan peminat di tempat terbuka.
Berkata tentang kejadian itu, As’ad Motawh menjelaskan dia mengalami kecederaan ringan akibat daripada kakinya terpijak selepas terjatuh.
Selain itu dakwa As’ad, beberapa barang peribadinya juga hilang dalam kejadian berkenaan.
Ini komen As’ad Motawh:
“Sebenarnya mereka sudah mula cuba memegang dan menarik saya pada awal persembahan lagi.
“Tetapi entah di mana silapnya ketika menyampaikan lagu terakhir, tangan saya tiba-tiba dipegang dengan kuat lalu ditarik hingga tersungkur.
“Kaki saya mengalami bengkak akibat dipijak oleh mereka dan saya turut kehilangan cincin yang dipakai ketika itu,”
Dalam pada itu, As’ad mendedahkan dia turut dikejar peminat ketika dalam perjalanan pulang ke hotel sebaik tamat persebahan tersebut.
Tambah As’ad, dia tidak menjangka lokasi terakhir siri jelajah persembahannya itu menerima sambutan luar biasa daripada peminat.
Ini komen As’ad Motawh lagi:
“Sejujurnya saya tak jangka sambutan di lokasi terakhir siri jelajah ini akan mendapat sambutan luar biasa sehinggakan saya turut dikejar oleh beberapa peminat semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan, malah ada antara mereka yang sudah menunggu di lokasi saya menginap.
“Namun saya berasa amat bersyukur mempunyai peminat sebegitu rupa, mereka amat ‘supportive’ sehingga ada yang menangis ketika sesi ramah mesra yang diadakan selepas konsert tamat,”
Penyanyi yang mula terkenal dengan lagu Senyum ini memulakan siri jelajah The Percaya Tour bermula 2 Mac lalu di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya diikuti tiga lagi lokasi sekitar semenanjung.
Sebelum jadi viral ketiak di lokasi pertama jelajah yang mana ada adegan kontroversi. Ini apabila As’ad dipeluk oleh seorang peminat wanita yang secara tiba-tiba meluru naik ke atas pentas.
Sumber: mStar