Artikel Isteri Derhaka, Tauke Raja Lawak Dipandang Serong

Pelawak Tauke Jambu / Tauke Raja Lawak ada berkongsi satu artikel tentang tanda-tanda isteri yang derhaka di laman media sosial miliknya.

Namun tak disangka-sangka perkongsian artikel berkenaan telah mengundang padah pada dirinya.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, berkata, perkara itu menjadi viral dan bualan orang ramai namun ia nya juga telah menimbulkan salah faham dalam kalangan rakan-rakannya.

Ini komen pelawak berumur 41 tahun ini:

Hari itu saya ada muat naik cerita mengenai tujuh tanda isteri derhaka, kesannya… berita itu menjadi viral.

“Rata-rata sahabat memandang serong pada saya padahal kita berniat baik”

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia memuat naik info berkenaan bertujuan memberi info berguna kepada kaum isteri dan peserta Maharaja Lawak Mega ini kesal niat baik nya itu telah dipandang serong.

Perkara berkenaan telah dipandang negatif oleh segelintir masyarakat.

Ini jelasnya lagi:

“Niat kita atas dasar memberi info berguna, begitulah cara kita berfikir kalau sesuatu itu kita pandang negatif maka negatiflah pemikiran kita.

“Semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkekalan”

Isu ini turut memberi tempias kepada rumah tangga kerana ada yang membuat spekulasi bahawa rumah tangga mereka mungkin ada masalah sehingga membuatkan Tauke memuatnaik artikel berkenaan.

Dalam pada itu, Tauke dilihat tidak mengulas tentang isu rumah tangganya sebaliknya telah memberi ucapan sempena hari ulang tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Nadia.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, pada 9 Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata pada 26 Oktober lalu.

Sebelum ini, hasil perkahwinan terdahulu, Tauke dikurniakan enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Sumber: Ig tauke

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here