Anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid telah memperoleh gred A dalam sepuluh matapelajaran yang diambilnya.
Lantaran itu, Arrian Shah Akid telah menerima ‘scroll’ dan menyarungkan ‘robe’ atas kejayaannya itu.
Perkara itu dikongsi isteri Tomok, Rahayu Abbas menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya.
“Congratulations anak dibu!!!!! I hope & wish for next another 17years from now u will hold real scroll & and wear a real robe for your university convocation…
“Thank you so much to all teachers who are involve with arrian growing and never give up to teach and give him a lesson for any single things…teacher chris,teacher wawa, teacher rinuka, teacher lina, teacher dila & all teachers that resign earlier,” tulisnya.
“Ibu doakan arrian berjaya dalam apa sahaja bidang yang arrian ceburi….dan berjaya juga dalam ilmu akhirat…hidup mau balance!!!hope all your wish will come true too..
“Bermula satu chapter yang baru yang lebih serius lebih fokus lebih segala-galanya… ibu, ayah and andra will always love you forever & ever”
Susulan itu, netizen turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan Arrian dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Sementaar itu, penyanyi Tomok turut berkongsi foto keputusan anaknya di laman Instagramnya. memang membanggakan mana tidaknya, rekod anak sulungnya, Arrianshah Akid, 6 tahun di sekolah untuk tahun 2018 ini menunjukkan prestasi yang amat cemerlang.
Apa yang membanggakan apabila Arrian memperolah semua A dalam semua matapelajaran yang diambilnya termasuklah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin.
“Ayah bangga dengan anak ayah,” itulah kata-kata dari Tomok.
Moga-moga Arrian akan terus kekal sukses.
Untuk pengetahuan, Tomok yang merupakan vokalis kumpualn New Boyz telah berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian dan Andrashah Iman, 3 tahun.
Berbeza dengan anak-anak artis lain, Arrian dan Andra tidak mempunyai akaun Instagram mereka sendiri. Kebanyakkan foto perkembangan mereka banyak dimuat naik di laman IG Tomok sahaja.