Apa Yang Terjadi Kepada Anaknya Membuatkan Hafidz Roshdi Terus Tersedar

Pelakon Hafidz Roshdi antara pelakon yang sedang meningkat naik. Walaupun ketika nama mencanak popular dan sedang menempa nama, itu tak menghalang pelakon kacak ini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya.

Setelah berkahwin, Hafidz Roshdi dan isterinya Syuhada telahpun selamat dikurniakan seorang permata hati.

Sejak menimang cahaya mata pertama pada September tahun lalu, Hafidz Roshdi dilihat mula menyepi daripada radar dunia hiburan sehingga ada mengatakan popularitinya sudah merundum.

Namun sebenarnya, ada sesuatu yang membuatkan diri pelakon ini untuk slow kan sikit kerjayanya.

Kata Hafidz, dia pilih untuk perlahankan seketika karier lakonannya untuk membolehkan dia memberi tumpuan kepada bayi perempuannya, Humairah yang kini sudah pun berusia 15 bulan.

Hafidz Roshdi berkata, dia pernah berasa tersentak dan mula sedar diri setelah sesuatu berlaku ke atas anaknya. Ini apabila Humairah seperti tidak mengenalinya selepas sebulan tidak bertemu kerana ketika itu Hafidz sedang sibuk dek terikat dengan komitmen lakonan.

Ini pendedahannya:

“Situasi itu betul-betul menyedarkan saya bahawa keluarga dan anak lebih penting daripada segala-galanya dan sebab itu saya ambil keputusan untuk perlahankan karier.

“Saya tidak mahu kerana terlalu sibuk bekerja sampai anak tak kenal saya. Cukuplah sebelum ini sebulan saya tiada, bila pulang dia tidak kenal saya,”

Dalam pada itu, Hafidz berkata, dia tidak terlalu berfikir mengenai cakap-cakap mengatakan namanya sudah tenggelam kerana baginya rezeki terletak di tangan Tuhan.

“Apa yang penting saya perlu berusaha keras demi keluarga dan bukannya meletakkan label itu sebagai punca rezeki,”

Atas dasar itu juga kata Hafidz, sebagai persediaan jangka panjang, dia merancang untuk membuka syarikat produksinya sendiri pada tahun depan. Kata Hafidz lagi, dia mahu buka syarikatnya sendiri kerana ingin mencuba sesuatu baru dalam kariernya dan tidak hanya berada di takuk lama.

“Memang impian saya untuk bergelar pengarah dan penerbit dan Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar pasti ia terlaksana. Buat masa sekarang masih banyak perkara perlu saya pelajari dan perbaiki sebelum bersedia ke arah itu”

Semoga berjaya buat Hafidz Roshdi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here